Khamis, 25 November 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN MALAM JUMAAT

Hari semalam khamis malam Jumaat adalah hari biasa perhimpunan , kami kariah surau Parit Senah berhimpun untuk sama-sama solat berjemaah dan membaca yasinan. Malam tu tak ramai ahlijawatankuasa surau yang turut hadir. Aku ja terkontang kanting keseorangan tak da kawan buat aku berbual dalam majlis ni.

Selepas solat maghrib , tuan imam , memaklumkam beberapa perkara yang disampaikan oleh beliau antaranya adalah kaedah membudayakan al quraan mengikut cara yang di bincangkan sebelom ini iaitu seorang membaca dan seorang mempertejemah.

Lepas balik dari surau aku terus pergi ke Perpustakaan untuk mengemaskini lapuran dan lain-lain perkara yang perlu di kemaskan. Malam tu Jumaat singgah sekejap melapurkan keadaan harian kampung , semua berjalan lancar , cuma ada beberapa perkara sangkut di sana sini antaranya masalah sosial , masalah keselamatan kejiranan dimana rumah ajk JKKK Encik Tumiri hilang sport remm motor dll .

Jam 11.00 malam aku balik dan membuat persiapan untuk berkerja seperti biasa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan